Posts

Showing posts from 2017

netizen marah dexandra buka di kudat

Image
N etizen Marah Dexandra Buka Di Kudat !!! sis emy bukan nama sebenar buka butik dexandra buat netizen marah kerana dia tak berhasrat nak menjual pada hari pertama, sebab katanya nak kemas dan susun atur kedai. malangnya dia dipaksa agar minyak wangi itu dijual pada hari kejadian..  menurut sis emy barang semua berada di laluan belum masuk dalam kedai sebab itu dia enggan nak menjual. oleh kerana peminat tegar memaksanya maka sis emy dengan gembira menberikan kepadanya.  dan bukan itu saja sebaliknya orang itu mengajak kawannya yang berada dalam kereta turut membeli minyak wangi dexandra. Katanya "ini yang pernah ku nampak di TV di jual oleh si nabil Ahmad" KUDAT SEMEMANGNYA AWESOME... OPEN NOW !!! DEXANDRA KUDAT PLAZA MARA  WAKTU BEROPERASI 7AM-6PM (SETIAP HARI) BERHADAPAN DENGAN RIA HOTEL

Kajian: Wanita Cantik Tidur Sebelum Jam 11 Malam

Image
Kajian: Wanita Cantik Tidur Sebelum Jam 11 Malam Setiap wanita impikan tubuh badan yang langsing dan kulit cantik seperti selebriti Korea. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk tampil cantik tanpa keluarkan duit pun. Caranya anda hanya perlu tidur sebelum jam 11 malam. Ini kerana jika anda tidur lebih jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis. TIDUR LEWAT MENGGANGGU PROSES PELANGSINGAN & MUDAH GEMUK Tabiat buruk itu beri kesan pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Patutlah tak kurus-kurus. Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam. KULIT JADI KUSAM, BERJERAWAT & BERMASALAH JIKA SUKA TIDUR LEWAT Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga hingga lewat malam membuatkan kulit menjadi kusam, mudah b...

Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Jawapan Dari Ustaz Ini Buat Si Suami Terdiam

Image
Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Jawapan Dari Ustaz Ini Buat Si Suami Terdiam... Setiap hubungan yang dibina sudah pasti perlu diwangikan dengan kejujuran, keikhlasan dan iman untuk mendapat sebuah hubungan yang bahagia dan dirahmatiNya. Selalu kita terdengar cerita ikatan perkahwinan merupakan satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan, tapi ada segelintir mendakwa apabila berkahwin kehidupannya makin sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar. Menulis di laman Facebook oleh  Ustaz   Ebit Lew  dalm satu posting terbarunya membuatkan ramai suami bahkan isteri terkesan dengan penulisan beliau mengenai rezeki. Beliau menulis kisah seorang lelaki yang mengadu rezekinya sempit, semuanya rasa tidak cukup, namun jawapan yang diberikan oleh  Ustaz Ebit Lew  ternyata membuatkan sang suami terdiam dan insaf. Jom kita baca, apa yang ditulis oleh beliau. Seorang suami mengadu rezek...

Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan

Image
Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan.. Bau badan banyak dipengaruhi oleh peluh. Peluh badan kita tidaklah berbau, sebaliknya bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menyebabkan peluh menjadi kurang menyenangkan. Cara terbaik adalah dengan kerap mandi dan membersihkan tubuh sebaiknya setiap hari. Punca bau badan 1. Bakteria Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada aromatic fatty acids yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Bau badan boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan. 2. Toksin Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksin ini akan disingkirkan sekiranya ginjal, hati, dan saluran usus berfungsi dengan baik. Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul di...

Alternatif Tempat Menyembur Minyak Wangi Untuk Kekal Lama

Image
Alternatif Tempat Menyembur Minyak Wangi Untuk Kekal Lama Lokasi lokasi lokasi. Perkataan ini tidak hanya relevan kepada harta tanah atau waktu beli rumah, tetapi juga di mana untuk menyembur minyak wangi supaya ianyanya kekal lama di badan. Ramai lelaki yang menyembur minyak wangi di waktu pagi tetapi apabila menjelangnya tengah hari, bauan itu hilang entah ke mana. Terutamanya mereka yang bergerak aktif ke sana dan ke mari. Kebanyakkan dari kita biasa mendengar yang tempat paling baik untuk menyembur minyak wangi ialah pada nadi atau di tempat yang ‘panas’ di mana darah mengalir seperti pergelangan tangan, tengkuk dan belakang telinga. Ini ada betulnya namun sering kita mendapati akan terpaksa menyembur minyak wangi kali ke dua atau ketiga dalam masa sehari. Walaubagaimanapun ada lagi beberapa tempat yang boleh disembur dengan minyak wangi supaya ianya lebih kekal, dengan syarat kita tidak terdedah kepada unsur-unsur ekstrem yang boleh menghilangkan bau minyak wangi. Se...

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

Image
3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi Tahukah anda bahawa penggunaan minyak wangi ini adalah satu cara penggayaan diri yang tidak boleh dilihat oleh orang lain tetapi memberi kesan yang besar kepada kita? Apabila minyak wangi disembur pada anda, ia akan menghilang tetapi tetap wujud dengan memberikan bau-bauan yang wangi dan meningkatkan keyakinan anda untuk berdepan dengan orang ramai. Memiliki badan yang wangi akan menyebabkan orang berasa selesa untuk berada di sekeliling anda berbanding memiliki badan yang berbau busuk atau masam. Lupa ataupun tidak menggunakan minyak wangi memudahkan badan anda untuk mengeluarkan bau yang kurang enak dan mendatangkan rasa tidak selesa kepada orang yang berdekatan dengan anda. Maka, atas sebab itu, kami ingin berkongsi dengan anda  3   sebab kenapa anda perlu pakai minyak wangi ataupun  perfume . 1. Menjadikan anda lebih menarik Dalam satu kajian yang dilakukan di Eropah mendapati bahawa lelaki lebih tertari...

TIPS TENANGKAN ISNIN ANDA!

Image
TIPS : TENANGKAN ISNIN ANDA! Siapa yang masih lagi menghadapi masalah 'monday blues'? hari ni? Tahukah anda bahawa salah satu sifat luar biasa yang ada pada wangian ialah serta-merta mampu mengubah 'mood' kita? Beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa wangian mampu merangsang, menenangkan, meningkatkan 'mood' yang baik atau sebaliknya dan membina emosi yang positif atau negatif.  Sejak dulu lagi wangian telah digunakan sebagai salah satu alat yang berkuasa untuk mengimbangi minda dan badan. Bak kata pepatah lama Cina "Setiap wangian adalah penawar." Ann Gottlieb, seorang perunding wangian yang telah bekerja dalam pembangunan wangian Calvin Klein, berkata dalam satu temu bual bahawa "Kebanyakan daripada apa yang digunakan dalam produk-produk aroma terapeutik adalah berdasarkan kepada tradisi dan cerita rakyat, bukan sains tetapi, telah banyak penyelidikan yang menunjukkan keupayaan wangian untuk mengubah 'mood'. Malaha...

Pernah Tahu Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda?

Image
Pernah Tahu Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda? Biasanya kalau memilih pewangi, apakah faktor utama yang diambil kira sebelum membeli? Adakah sebab jenama, pilihan rakan baik atau tergoda dengan botol yang telah direka begitu indah itu? Sebelum membuat keputusan untuk membeli wangian, sebaiknya kenali terlebih dahulu aroma yang menepati keperibadian anda. Deria hidu manusia dapat membentuk memori dan kesan yang tidak mudah dilupakan. Percikan aroma wangian yang tepat mampu memberi kesan tertentu pada emosi dan membentuk keyakinan diri. Semangat terus mencanak serta situasi hati berubah menjadi menyenangkan. Meski masih banyak perempuan yang memilih untuk setia pada satu jenis wangian, kini lebih banyak lagi yang menemukan kebahagiaan dengan bereksperimen dengan berbagai jenis wangian. Situasi ini disebut era  fragrance wardrobe . Deretan wangian di atas meja solek dipilih dengan aroma yang secara tepat mewakili keperibadian. Namun, aroma wangian tidak sama ...

7 SEBAB DEXANDRA MENJADI PILIHAN

Image
7 SEBAB DEXANDRA MENJADI PILIHAN.. Sebagai pengguna dan peminat DeXandra , akak2 dan abang2 kena tahu 7 sebab utama DeXandra menjadi pilihan berbanding wangian  yang lain . [+] TAHAN LAMA LEBIH 8 JAM. Dexandra ni EDP. ketahanan lebih lama dari edt /colonge… boleh lah ker  www.dexandrareview.com  ( kami tidak pernah tau buat-buat testimoni.. ni semua dari pelanggan-pelanggan kami. [+] PELBAGAI PILIHAN . Currently , DeXandra ada lebih 70 pilihan yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa yang terkenal . Koleksi yang hampir lengkap untuk hidup anda [+] MUDAH DIBAWA . Saiznya tidak terlalu besar dan tak berat jadi ianya mudah dibawa ke mana2 , bawa 2 3 botol pun selambe jerr [+] PERMINTAAN TINGGI . Berdasarkan unjuran graf yang direkodkan , ternyata permintaan DeXandra meningkat setiap bulan dan jika abang akak belum milikinya, dapatkan 1 sekarang ! [+] CABUTAN BERTUAH SETIAP BULAN . Dengan setiap pembelian , abang akak boleh join lucky draw dexandra , ha...

Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya!

Image
Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya! Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja se ntuhan secara fizikal namun juga secara emosi.Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini. Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan! Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan; 1.Mencegah Stres Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatny...

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA

Image
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA.. Surah Yasin Ayat Ke 9 Baca ayat ini setiap kali selepas solat, di tiup ditelapak tanggan dan di usap seluruh badan dgn niat untuk benteng pertahanan diri dari segala gangguan. boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dah ditabur atau direnjis sekeliling rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahu  pun manusia. Terjemahan: Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(9) Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata. Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah Info Via Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur lepas baca silakan komen dan share. TQ ya..

bagaimana dapat jimat guna minyak kereta hanya RM50 dalam masa seminggu

Image
Bagaimana Dapat Jimat Guna Minyak Kereta Hanya RM50 Dalam Masa Seminggu.. Amalan ini saya dapat daripada seorang guru Asmaul Husna ketika tahun 2015. Iaitu bagaimana dapat jimat guna minyak kereta hanya RM50 dalam masa seminggu. Kadang sampai jadi 2 minggu.  . Dulu geram sebab isi minyak cepat je habis. 3, 4 hari isi lagi. Masa tu students. Duit yang keluar untuk minyak memang cengkam leher apatah lagi orang yang pergi kerja. Dah berapa ratus habis sebulan. Merungut tak  kesudah. . Then, amazing thing happened bila saya belajar dan jumpa guru Asmaul Husna. Saya siap tanya, acaner solusi untuk masalah ni? Kejap-kejap harga minyak naik. Time tu, buat bisnes pun upside down. . "Jangan merungut. Reda saja dan beramal." Saya macam eh, macam tu je? . Later on, baru realize itulah bezanya orang biasa yang suka merungut harga minyak naik dan orang beriman yang paksinya hidupnya hanya bergantung dengan Tuhan. . “Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyal...

8 Tanda Bahaya Jika Ibu Terlebih Penat Buat Kerja

Image
8 Tanda Bahaya Jika Ibu Terlebih Penat Buat Kerja Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti mereka tak menafikan bahawa kebiasaannya bulan puasa yang baru saja kita lalui adalah bulan yang paling memenatkan buat mereka. Rutin ini berterusan selama sebulan. Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan. Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat. 1. Mudah lupa Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat. 2. Tak peduli Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah ta...

11 Bahaya Kipas Angin Terhadap Kesihatan Dan Cara Mencegahnya

Image
11 Bahaya Kipas Angin Terhadap Kesihatan Dan Cara Mencegahnya Tidur dengan kipas angin memang akan membuatkan anda tidur dengan lebih lena. Tambahan kalau cuaca panas, mesti anda akan mengambil kipas angin dan letak lebih dekat dengan badan. Sebenarnya, amalan itu tidak bagus dan sangat membahayakan kesihatan kita. Sebahagian orang sukar tidur, tanpa menghidupkan penghawa dingin mahupun kipas angin. Bahkan, kebiasaan ini mereka lakukan pada malam hari juga. Angin yang keluar dari penghawa dingin atau kipas angin mampu menyejukkan ruangan yang terasa panas. Namun, sedarkah anda bahawa kebiasaan tersebut ternyata sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh? Banyak orang mengeluh ketika mereka perlu tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau kipas. Padahal, tidur yang berkualiti tidak memerlukan udara dingin yang keluar dari kipas angin. Justeru penggunaan kipas angin sepanjang masa tidur, sangat merugikan kesihatan kita. Bahaya tidur menggunakan penghawa dingin atau kipas ang...