Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan
Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan..
Bau badan banyak dipengaruhi oleh peluh. Peluh badan kita tidaklah berbau, sebaliknya bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menyebabkan peluh menjadi kurang menyenangkan.
Cara terbaik adalah dengan kerap mandi dan membersihkan tubuh sebaiknya setiap hari.
Punca bau badan
1. Bakteria
Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada aromatic fatty acids yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Bau badan boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubatan tertentu.
Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan.
2. Toksin
Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksin ini akan disingkirkan sekiranya ginjal, hati, dan saluran usus berfungsi dengan baik.
Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul di dalam badan. Mereka yang gemar makan daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline.
3. Kafein dan rempah
Pengambilan kafein dan bahan berempah seperti bawang putih juga akan menyebabkan bau badan yang keterlaluan. Kurangkan makanan tinggi Choline bagi mengelakkan tubuh diselubungi bau.
4. Genetik
Bau badan juga boleh disebabkan faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
Tip elak bau badan
a. Mandi dengan kerap sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
b. Pilih pakaian dari fabrik kapas dan longgar bagi meminimumkan rembesan peluh.
c. Elak makanan tinggi Choline.
d. Cukur rambut halus di bahagian sulit secara berkala.
e. Amalkan pemakaian deodoran yang mengandungi bahan antiseptik.
f. Amalkan penggunaan cecair pencuci mengandungi 3% hidrogen peroksida, pewangi dan anti peluh.
g. Jika ia serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan.
Sumber: Maskulin
Comments
Post a Comment