Perempuan Kalau Nak Sentiasa 'Power', Dapatkannya Dari 4 Jenis Makanan. Cukup Hebat!

Perempuan Kalau Nak Sentiasa 'Power', Dapatkannya Dari 4 Jenis Makanan. Cukup Hebat!


Benarlah apa yang dikatakan orang. Kita adalah apa yang kita makan? Wanita terutamanya sangat terkesan dengan setiap pengambilan makanan yang diambil setiap hari. Mengambil makanan yang hebat terutama yang bertindak dalam 'kehebatan dalaman' wanita, sangat membantu wanita lebih rasa yakin.

Bukan sekadar yakin bahkan wanita juga sentiasa rasa cantik, gembira dan rasa bahagia dengan kesemua makanan ini. Jadi pastinya rugi jika wanita tak ambil atau tak makan kelima-lima makanan ini dalam diet harian mereka. Kena cuba!


#Coklat

Ramai wanita takut makan coklat berlebihan kerana bimbang masalah kenaikan berat badan. Rugi kalau anda menolak makanan kaya khasiat ini semata-mata kerana itu. Untunglah wanita yang cukup gemar makan coklat. Coklat sebenarnya kuat fungsinya dalam meningkatkan ghairah seks wanita dan sangat memberi kesan sensual kepada wanita yang mengamalkannya.

Bukan itu sahaja malah jiwa rasa tenang kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagian otak. Zat-zat inilah yang merangsang aktifnya serotonin di otak dan seterusnya buat perasaan wanita jadi lebih tenang. Mood pun lebih gembira dan berbunga-bunga. Paling penting coklat juga bersifat anti penuaan.


# Pisang

Pisang dan nafsu wanita punya kaitan yang sangat rapat. Pisang yang kaya dengan kalium, asid folat, vitamin C, vitamin B kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi juga magnesium sangat bertindak dalam meningkatkan nafsu seks seorang wanita. Hal ini terbukti dalam beberapa kajian yang dijalankan. Jadi kenalah ambil pisang setiap hari!


# Anggur Merah

Sebuah penelitian membuktikan bahawa anggur merah memiliki kesan positif dalam kehidupan seks seorang wanita. Tidak hairanlah buah ini seringkali dijadikan santapan di raja pada zaman dahulu. Ia punya kesan cukup luar biasa. Amalkan dalam diet anda. Selain meningkatkan keinginan wanita malah ia juga buat wanita lebih aktif dalam hubungan seksual.


# Tiram

Mungkin ramai daripada kita tidak makan tiram. Kandungan tiram yang kaya dengan zink mampu merembeskan hormon testosteron untuk sistem reproduktif wanita. Inilah penyebab mengapa lelaki cukup gemar makan tiram. Mengapa tidak wanita? Kena cuba demi untuk kebahagiaan rumah tangga kita.

sumber KELUARGA.MY

Comments

Popular posts from this blog

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM TIDUR SELEPAS ASAR YANG SEBENAR,TOLONG JANGAN ABAIKAN