5 Tip Dapatkan Kulit Muka Bersih Dan Gebu

5 Tip Dapatkan Kulit Muka Bersih Dan Gebu


Kita sering merasakan keperluan berbelanja mahal untuk memastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu. Jika mempunyai bajet yang lebih, tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Tapi, tiada salahnya jika anda cuba menggunakan bahan-bahan asli dan langkah ini. Senang, cepat dan jimat!

Jangan Lupa Detoks

Detoks air lemon pada waktu pagi akan membersihkan perut anda. Bukan itu sahaja, ia juga akan membersihkan dan menyihatkan kulit. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.

Minum Minyak Kelapa Dara

Amalan meminum minyak kelapa dara sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak kelapa dara ini sebagai diet harian dan lihat hasilnya.

Mist Air Semulajadi

Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.

Skrub Beras

Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sental kulit hingga bersih.

Ratakan Ais Batu

Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga  mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Comments

Popular posts from this blog

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

Apa Beza Minyak Wangi 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' dan 'Eau de Cologne' ?