Tips Memilih Perfume Malaysia Yang Berkualiti Tinggi

Tips Memilih Perfume Malaysia Yang Berkualiti Tinggi


Sekarang ni ada banyak jenama minyak wangi di pasaran.  Yang diimport dari luar negara tentulah dari jenama antarabangsa yang terkenal.  Tapi harganya mahal.  Minyak wangi buatan tempatan pun dah banyak dalam pasaran sekarang.  Boleh dikatakan kualitinya setanding dengan kualiti minyak wangi jenama antarabangsa tapi lebih mampu dimiliki.
Tapi bila dah banyak sangat minyak wangi dalam pasaran, pening pulak kepala kita nak memilih yang mana satu yang sesuai dengan diri kita, kan?  Hah, meh baca.  Saya nak kongsikan tips untuk memilih perfume buatan Malaysia yang berkualiti tinggi.

1. Cuba Perfume Pada Waktu Tengah Hari

Deria bau manusia paling sensitif pada waktu tengahari.  Jadi bila nak beli perfurme belilah waktu tengahari.  Anda akan dapat memilih perfume yang tepat dan sesuai dengan selera anda kerana membuat pilihan pada waktu deria bau berada di kemuncak.

2. Kenali Citarasa Anda Terhadap Haruman

Sesuatu perfume boleh jadi dihasilkan daripada bau buah-buahan, bunga-bungaan, kayu-kayuan, lautan atau sayur-sayuran.  Kalau anda suka haruman buah-buahan, beritahu kepada jurujual supaya dia boleh mencadangkan perfume yang berasaskan haruman buah-buahan.  Biasanya haruman perfume wanita berbeza dengan perfume lelaki.

3. Jangan Gosok di Pergelangan Tangan

Biasanya ramai orang menggosok kedua pergelangan tangan selepas disembur dengan perfume. Kalau anda pun suka buat begitu, hentikanlah.  Biarkan saja perfume kering di pergelangan tangan sebelum menghidunya.  Menggosok pergelangan tangan yang sudah disembur perfume boleh merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan baunya yang sebenar.

4. Jangan Sembur Perfume Sebelum Keluar Beli Perfume

Kalau anda bercadang nak beli perfume, jangan sembur perfume sedia ada sebelum keluar dari rumah, lebih-lebih lagi di pergelangan tangan. Ini adalah kerana campuran perfume sedia ada yang sudah disembur terlebih dahulu dengan perfume yang dicuba akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi perfume yang anda cuba.

5. Jangan Gopoh Ketika Memilih Perfume

Sesetengah perfume hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas disembur atau disapu. Semasa mencuba perfume, kalau anda sukakan baunya jangan terus beli. Ronda-ronda dulu dan tunggu beberapa minit sampai baunya betul-betul sudah keluar, supaya anda dapat membuat keputusan yang betul.
Tapi sekarang, anda tak perlu pening kepala memilih perfume.  Dah ada perfume Malaysia yang berkualiti tinggi.  Apa lagi, kalau bukan Gorgeous by RCW.

Dapatkan Perfume DE'XANDRA Berkualiti Tinggi pilihan no 1 rakyat Malaysia..




Comments

Popular posts from this blog

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM TIDUR SELEPAS ASAR YANG SEBENAR,TOLONG JANGAN ABAIKAN