Pilih Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda


Pilih Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda


Aroma wangian tidak akan sama untuk setiap individu kerana mempunyai pengaruh dengan hormon dan aroma tubuh.
Apakah faktor utama ketika memilih pewangi sebelum membeli? Adakah kerana jenama, pilihan rakan atau tergoda dengan rekaan botol yang cantik?
Kenali aroma yang menepati keperibadian anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli wangian. Deria hidu manusia dapat membentuk memori dan kesan yang tidak mudah dilupakan. Percikan aroma wangian yang tepat mampu memberi kesan tertentu pada emosi dan membentuk keyakinan diri.
Meskipun masih ramai wanita yang memilih untuk setia kepada sati jenis wangian, kini lebih ramai yang berani untuk bereksperimen dengan berbagai jenis wangian.
Keadaan ini digelar era fragrance wardrobe. Deretan wangian di atas meja solek dipilih dengan aroma yang secara tepat mewakili keperibadian. Namun, bukan sahaja hormon dan aroma tubuh yang mempengaruhi aroma wangian, malah faktor cuaca juga berpengaruh bagaimana aroma wangian tersebar melalui tubuh anda. Wangian juga turut terkesan ketika dalam tempoh perubatan atau ketika sedang berdiet tau!

BUNGA-BUNGAAN 

Kebanyakan wanita lebih gemarkan aroma buah-buahan yang ringan dan segar. Bahkan, keharumannya juga mampu menyuntik energi dan semangat. Sentuhan aroma bunga boleh menguatkan sisi feminin anda. Ketika di saat memerlukan ketenangan, sentuhan keharuman bunga lavender dapat membuat perasaan lebih tenteram sepanjang hari.

SITRUS 

Jika anda sibuk menguruskan hal kerja seharian atau ketika merasa sedih, aroma sitrus dapat mengembalikan semangat anda secara instant.

LAUTAN 

Haruman moden yang disuntik dengan elemen sintetik menzahirkan aroma yang menjurus kepada lautan. Penggemar haruman ini biasanya adalah seorang pencinta alam.

ORIENTAL 

Wangian oriental memberikan simbol seksi, eksotik dan gigih. Bau-bauan yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti musk, vanila dan bunga-bungaan keras. Wangian vanila yang manis bukan sahaja memberi kesan menggoda, malah menunjukkan sisi elegan anda.

KAYU-KAYUAN 

Mereka yang gemar kebebasan dan lasak adalah antara individu yang gemar memilih haruman sebegini. Haruman yang berunsur kayu dan kulit kayu atau benda-benda lain dijumpai di dalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini.

Sumber: nona.my & google (gambar)

Comments

Popular posts from this blog

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM TIDUR SELEPAS ASAR YANG SEBENAR,TOLONG JANGAN ABAIKAN