Kentang Boleh Cantikkan Kulit? Kena Cuba & Lihat Kesannya. Pasti Puas Hati!
Kentang Boleh Cantikkan Kulit? Kena Cuba & Lihat Kesannya. Pasti Puas Hati!
Cuba renung diri anda di depan cermin dan lihatlah keadaan kulit wajah anda kini. Adakah kulit anda terlihat kusam dan tidak berseri. Mengapa ini terjadi? Sewajarnya sebagai wanita, hal penjagaan kecantikan jangan pernah diabaikan. Begitu juga jangan jadikan alasan tiada masa kerana terlalu sibuk menguruskan hal rumah tangga, hingga penjagaan diri tidak diendahkan.
Bukankah isteri itu perlu bercantik-cantik untuk suaminya? Jadi untuk itu, anda harus berubah dan apa kata sebagai langkah pertama anda amalkan petua penjagaan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi iaitu dengan menggunakan bahan utamanya kentang. Bukan sahaja selamat malah apa yang lebih penting jimat kos dan terbukti berkesan!
Kegunaan Kentang Untuk Kecantikan
1. Scrub
Parut beberapa biji kentang dan kemudian jadikan ia sebagai scrub untuk wajah. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan kulit lebih halus dan mulus.
2. Masker
Kisar halus kentang dan perahkan bersama lemon. Gaul rata sebelum disapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 30 minit dan pastikan anda di dalam keadaan rehat. Kemudian cuci bersih dan kesannya wajah akan terlihat lebih cerah dan lembut.
3. Toner
Sedikit parutan kentang dicampurkan dengan 2 sudu makan jus limau nipis. Kemudian sapukan diwajah dengan menggunakan kapas. Biarkan selama 15 minit, kemudian gosok dengan gerakan melingkar keseluruhan wajah selama 2 minit. Setelah itu bilas wajah dengan air bersih.
sumber KELUARGA.MY
Comments
Post a Comment