Punca Bau Badan dan Cara Mengatasi

Punca Bau Badan dan Cara Mengatasi



Hai korang semua. Artikel kali ni Akak nak kongsi dengan korang cara nak hilangkan bau badan atau bau ketiak, bukan semua orang perasan yang badan atau ketiak dia sebenarnya berbau walaupun muka cantik dan kacak.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Contohnya Dettol, Lifebuoy, Sebamed dan sebagainya. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh.

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.

5. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.



WHATAPP 012-8434005 sis emy

Comments

Popular posts from this blog

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM TIDUR SELEPAS ASAR YANG SEBENAR,TOLONG JANGAN ABAIKAN