Alternatif Tempat Menyembur Minyak Wangi Untuk Kekal Lama

Alternatif Tempat Menyembur Minyak Wangi Untuk Kekal Lama


Lokasi lokasi lokasi. Perkataan ini tidak hanya relevan kepada harta tanah atau waktu beli rumah, tetapi juga di mana untuk menyembur minyak wangi supaya ianyanya kekal lama di badan. Ramai lelaki yang menyembur minyak wangi di waktu pagi tetapi apabila menjelangnya tengah hari, bauan itu hilang entah ke mana. Terutamanya mereka yang bergerak aktif ke sana dan ke mari.
Kebanyakkan dari kita biasa mendengar yang tempat paling baik untuk menyembur minyak wangi ialah pada nadi atau di tempat yang ‘panas’ di mana darah mengalir seperti pergelangan tangan, tengkuk dan belakang telinga. Ini ada betulnya namun sering kita mendapati akan terpaksa menyembur minyak wangi kali ke dua atau ketiga dalam masa sehari.
Walaubagaimanapun ada lagi beberapa tempat yang boleh disembur dengan minyak wangi supaya ianya lebih kekal, dengan syarat kita tidak terdedah kepada unsur-unsur ekstrem yang boleh menghilangkan bau minyak wangi. Sebagai contoh asap rokok.
Salah satu tempat yang boleh juga dicuba ialah di dada. Ini akan membuatkan minyak wangi kekal kerana tidak banyak gerakan dalam badan yang berlaku di kawasan ini. Perpeluhan di kawasan ini sepatutnya meningkatkan lagi bau minyak wangi tersebut.
Boleh juga disembur kepada baju. Bauan akan kekal melekat sepanjang hari. Selalu kan kita dapati baju kekal wangi apabila pulang ke rumah. Ini kerana fabrik adalah perangkap terbaik untuk minyak wangi.
Tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Jenis ini lebih pekat dan akan tahan dalam tempoh 4 – 6 jam.
Cubalah!
sumber mensive.com

Comments

Popular posts from this blog

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Minyak Wangi

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume.

MENGEJUTKAN!! INILAH HUKUM TIDUR SELEPAS ASAR YANG SEBENAR,TOLONG JANGAN ABAIKAN