Pernah Tahu Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda?
Pernah Tahu Aroma Yang Paling Tepat Untuk Diri Anda?
Biasanya kalau memilih pewangi, apakah faktor utama yang diambil kira sebelum membeli? Adakah sebab jenama, pilihan rakan baik atau tergoda dengan botol yang telah direka begitu indah itu?
Sebelum membuat keputusan untuk membeli wangian, sebaiknya kenali terlebih dahulu aroma yang menepati keperibadian anda. Deria hidu manusia dapat membentuk memori dan kesan yang tidak mudah dilupakan. Percikan aroma wangian yang tepat mampu memberi kesan tertentu pada emosi dan membentuk keyakinan diri.
Semangat terus mencanak serta situasi hati berubah menjadi menyenangkan. Meski masih banyak perempuan yang memilih untuk setia pada satu jenis wangian, kini lebih banyak lagi yang menemukan kebahagiaan dengan bereksperimen dengan berbagai jenis wangian.
Situasi ini disebut era fragrance wardrobe.
Deretan wangian di atas meja solek dipilih dengan aroma yang secara tepat mewakili keperibadian. Namun, aroma wangian tidak sama untuk setiap individu kerana pengaruh hormon dan aroma semula jadi tubuh.
Cuaca juga memiliki pengaruh bagaimana aroma wangian tersebar melalui tubuh anda. Wangian juga turut terkesan ketika dalam tempoh perubatan atau ketika sedang berdiet.
AROMA SESUAI MOOD
Begitu banyak wangian yang dilancarkan setiap tahun, anda bukan satu-satunya yang sering merasa kebingungan untuk menentukan pilihan. Ketika aromanya sudah sesuai, maka langkah berikutnya adalah memilih pewangi yang akan dikenakan hari ini berdasarkan mood anda.
BUNGA-BUNGAAN
Aroma buah-buahan yang terasa ringan dan segar kerap menjadi favourite kebanyakan wanita. Ini bukan tanpa alasan, melainkan kerana keharumannya mampu menyuntikkan energi dan semangat. Sentuhan aroma bunga boleh menguatkan sisi feminin anda. Sebaliknya saat memerlukan ketenangan, sentuhan keharuman bunga lavender dapat membuat perasaan kian tenteram sepanjang hari.
SITRUS
Hari Isnin adalah masa untuk kembali kepada rutin seharian. Bagaimana ketika bersiap melakukan kerjasama bisnes atau membentang kertas kerja pada klien? Ketika merasa sedih, aroma sitrus dapat mengembalikan semangat secara instant.
LAUTAN
Haruman moden yang disuntik dengan elemen sintetik menzahirkan aroma yang menjurus kepada lautan. Penggemar haruman ini biasanya adalah seorang pencinta alam.
ORIENTAL
Simbol seksi, eksotik, dan gigih mewakili haruman aroma sebegini. Bau-bauan seperti musk, vanila dan bunga-bungaan keras tergolong dalam kategori ini. Wangi vanila yang manis dapat memberi kesan menggoda tanpa melupakan sisi elegan.
KAYU-KAYUAN
Haruman yang berunsur kayu dan kulit kayu atau benda-benda lain dijumpai di dalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Mereka yang gemar kebebasan dan lasak adalah antara yang memilih haruman sebegini.
sumber nona.my
Comments
Post a Comment