Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsSZYkzbh-HFbiw5GaCJd4INhm_cwZtCZieslHtSioeZIvYyM3ND8tlHhJCrj6-izdMfjObY-Zr6rBVfnZGRqrB9WOgEIELqggk6s50I42lEyvHUIh4Yqm4DjfXxMAvCnFD7O89p6l-LY/s400/o-ARMPITS-BODY-ODOUR-facebook.jpg)
Jalan Penyelesaian Untuk Bau Badan.. Bau badan banyak dipengaruhi oleh peluh. Peluh badan kita tidaklah berbau, sebaliknya bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menyebabkan peluh menjadi kurang menyenangkan. Cara terbaik adalah dengan kerap mandi dan membersihkan tubuh sebaiknya setiap hari. Punca bau badan 1. Bakteria Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada aromatic fatty acids yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Bau badan boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan. 2. Toksin Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksin ini akan disingkirkan sekiranya ginjal, hati, dan saluran usus berfungsi dengan baik. Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul di...